"Kenapa bila saya membaca lama-lama, perkataan yang dibaca menjadi double?" Cikpuan D.
Terima kasih kerana sudi bertanya cikpuan
:)
Baca lama-lama memang mengasyikkan. Tapi, apabila tulisan jadi 'double'..
Ada sebab mengapa jadi begitu.
Sebelum itu, saya kongsikan sedikit bagaimana cara mata kita bekerja.
Secara normal, kita lihat guna dua mata.
Setiap mata (kiri dan kanan) mendapat imej gambaran yang hampir sama bila lihat sesuatu.
Proses seterusnya adalah di otak. Yang gabungkan dua imej tersebut menjadi satu.
Proses seterusnya adalah di otak. Yang gabungkan dua imej tersebut menjadi satu.
Barulah kita dapat lihat dengan jelas dan secara 3D.
Bila saat mata kita tidak mampu bekerjasama, misalnya letih kerana membaca terlalu lama. Mata ini seakan merajuk.
Mata sudah penat.
Jadi masing-masing ambil haluan sendiri. Kiri dan kanan tidak mahu bekerjasama lagi sebagai satu pasukan.
Kesannya, apa yang dilihat oleh mata kanan dan kiri jadi celaru. Sudah tidak dapat fokus pada satu tempat. Hasilnya, perkataan nampak dua. Masa ini, perkataan susah hendak dibaca.
Gosok mata dan kedip beberapa kali adalah antara cara yang biasa klien beritahu. Namun tidak bertahan lama. Ia berulang kembali.
Sekiranya terlalu kerap jadi begitu, adalah lebih baik dapatkan pemeriksaan secara spesifik bagaimana sistem mata kita bekerja.
Ia juga mungkin bukan disebabkan kurang kerjasama, tapi sistem fokus setiap mata yang kurang cekap.
Kes sebegini ada cara khas untuk dibantu.
Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Optometris
No comments:
Post a Comment