"Soalan : Hanun, nak tanya, kalau cermin mata + bingkai harga dalam RM80 tu boleh dipercayai ke tak? sebab biasanya tanya orang, buat cermin mata smpai RM300 lebih macamtu."
Terima kasih kerana bertanya cikpuan.
Benar cikpuan. Memang boleh percaya dengan harga tersebut, boleh dapat lengkap cermin mata dengan bingkai sekali.
Malah harga lebih rendah pun wujud di pasaran.
Namun, perlu tahu juga mengapa ada perbezaan nilainya. Izinkan saya berkongsi ya.
1) Perbezaan jenis 'power' kanta
Kanta ada banyak pilihan. Ada kanta yang satu 'power' sahaja. Ada juga jenis gabungan dua atau lebih 'power'. Yang jenis kedua ini biasanya lebih tinggi harganya, berbanding satu 'power' sahaja.
2) Kanta 'custom-made'
Dan perlu ambil tahu juga, untuk sesetengah kes, kanta cermin ditempah khas. Tiada stok kanta (lens) disimpan di kedai. Jadi tempoh siapnya makan masa sedikit. Jarang boleh siap 30 minit.
Perlu hantar ke kilang. Yang bagusnya, memang cermin baru. Ibarat kek baru keluar 'oven'. Jenis yang ini selalunya harganya jadi lebih mahal kerana 'custom- made'.
3) Mengikut aksesori tambahan pada kanta
Kanta yang ber'power' ini asalnya hanyalah sekeping plastik lutsinar (ada juga jenis kaca, namun sudah jarang didapati).
Aksesori tambahan atas kanta seperti lapisan anti-silau dari sinar UV, tahan calar, tahan pecah dan tahan habuk akan mempengaruhi tahap harga. Begitu juga yang boleh berubah jadi gelap di bawah cahaya matahari.
Lebih banyak kelebihan yang terdapat pada kanta, biasanya lebih tinggi nilainya..
4) Bergantung pada power dan teknologi
'Power' kanta sangat banyak variasi. Ada yang rendah, ada yang tinggi. Dengan power silau lagi.. Biasanya, lebih tinggi 'power', akan jadi lebih tebal.
Untuk elakkan hal ini, ada kanta dibuat khas untuk jadi lebih nipis dari jenis biasa. Yang jenis begini, harganya jadi berbeza.
5) Bergantung jenis bingkai
Ada jenis plastik, besi, tiada bingkai (rimless) dan variasi lain. Setiap daripadanya ada kelebihan masing-masing. Harga biasanya ikut pada tahap kekuatan, 'design' dan jenama bingkai.
Bagi jenama terkenal, biasanya harga akan lebih tinggi dan berkualiti. Ada 'brand'..
Menurut sesetengah klien, mereka mahu melabur pada jangka masa panjang. Bingkai tahan lama, tidak perlu tukar selalu.
.
.
Ada banyak tujuan mengapa orang pakai cermin mata.
.
.
Ada banyak tujuan mengapa orang pakai cermin mata.
Ada yang sekadar untuk bergaya.
Ada yang mahu pandangan lebih jelas.
Dan paling ramai adalah yang hendak jaga kesihatan mata. Mereka akan buat pilihan terbaik supaya lebih menjamin penglihatan dalam jangka masa panjang.
Harap membantu cikpuan
:)
Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Optometris

Adakah brand lens yang berbeza (essilor, hoya advance etc.) mempengaruhi berat & ketebalan cermin tersebut?
ReplyDeleteBoleh ke tukar kanta kosong ke anti blue light? Kalau boleh biasanya harga berapa? Btw Spek bawak sendiri
ReplyDeleteAda ke cermin sahaja boleh cecah 1500
ReplyDelete