Friday, 17 March 2017

Mengapa Perlu Periksa Mata?

#tanyaoptomedik

"Mengapa perlu periksa mata, sedangkan saya boleh beli cermin mata yang sudah siap dengan power?" tuan I.

Terima kasih kerana bertanya tuan.

Cermin mata yang sudah siap dengan kanta memang ada di pasaran.

Persoalannya, adakah itu yang terbaik untuk mata kita?
.
.
Tidak semua orang boleh pakai cermin mata begini, walaupun ada yang pakai. Kerana 'power' mata setiap individu berbeza dan unik.

Saya pernah jumpa klien yang memberitahu, pernah pakai cermin mata begini, sewaktu membaca buku sahaja. Tapi tidak tahan. Pening..

Saya kongsikan ya, mengapa perlu periksa mata dahulu.

1) 'Power' mata kiri dan kanan berbeza

Sesetengah individu, mata kiri dan kanan lain 'power'nya. Biasanya cermin mata 'segera' ini, kedua kanta kanan dan kiri adalah sama. Jadi, ia sudah tidak sesuai dengan keperluan mata.

2) Tiada 'power' rabun silau

Jarang kanta cermin mata yang sudah siap ada bersama 'power' silau. Bagi individu yang ada rabun silau (astigmatism), kurang sesuai untuk pakai jenis ini. Perlu periksa mata terlebih dahulu untuk tahu sudut dan 'power' sebenar.

3) Ketahui status kesihatan mata

Melalui pemeriksaan mata, kita akan dapat tahu punca mengapa nampak kabur. Adakah sebab faktor kesihatan badan atau faktor mata itu sendiri. 

Hasilnya, kita boleh buat pilihan apa yang terbaik untuk kesihatan mata.

Bak kata pepatah Melayu, dari mata jatuh ke hati..Tapi sebenarnya, dari mata juga boleh menjadi 'teropong' kesihatan badan.

Kita juga dapat tahu apa yang terbaik untuk mata kita. Jika mata perlu dibantu dengan cermin mata, dapatkan yang benar-benar khas dibuat untuk mata sendiri.

Hadiah penghargaan untuk mata tercinta :)



Hanun Nadiah Rozi
Optometris

No comments:

Post a Comment