"Setiap kali buat cermin mata baru, mesti terfikir nilai cermin mata lama. Maksudnya kalau 'power' sama ok la boleh pakai lagi.
Tapi kalau 'power' dah beza, apa boleh buat dengan cermin mata lama ni, nak pakai dah tak valid. Boleh jual ka? Ada nilai ka? " - Puan NS dari Kedah.
Terima kasih kerana sudi bertanya puan yang baik.
Ya benar puan, jika 'power' masih sama, boleh pakai lagi cermin mata tersebut.
Kalau sudah berbeza, Ini antara cadangannya:
1) Simpan buat 'spare'.
Jika cermin mata baru kita ter'kemalangan', kita ada 'back up'. Antaranya kes seperti terpatah kaki bingkai. Ataupun kanta tercabut keluar dari bingkai sebab terjatuh.
Sekurang-kurangnya ada penyelamat sementara ia dibaiki atau ditukar baru.
2) Guna bingkai semula (reuse) pada masa akan datang.
Jika bingkai cermin mata masih baik, ia boleh digunakan lagi. Hanya tempah kanta sahaja nanti. Namun bergantung kepada praktis optikal sama ada sesuai atau sebaliknya.
Biasanya, tiada 'warranty' jika bingkai tidak tahan lama selepas ditempah.
3) Simpan buat kenangan
Setiap cermin mata yang ditempah ada nilai khas tertentu buat setiap individu. Kadang-kadang ia menyimpan seribu satu makna. Sayang ditinggalkan begitu sahaja.
Penambahan info untuk setakat ini cawangan kami belum pernah terima 'trade in' jual cermin mata lama.
Biasanya bila cermin mata sudah ditempah, ia memang ikut mata kita. Agak sukar nak jumpa 'kembar' sama 'power' . Tambah-tambah yang ada 'power' silau dan berbeza 'power' kiri dan kanan.
Walaupun kita rasa cermin mata lama sudah tidak boleh dipakai, namun pada saat-saat genting, ia sangat berguna.
Harap dapat membantu puan.
Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Optometris
No comments:
Post a Comment