5 Tips Supaya Mata Anak Lebih Rileks Ketika Belajar
Yang kelima tu paling win! Kalau salah gaya memang tertidur terus...
Selain kita beri minum susu, makan vitamin dan supplement , apa lagi yang ibu bapa boleh bantu anak-anak..
Agar mata mereka tidak cepat penat semasa belajar?
Saya kongsikan tipsnya ya. Anda boleh cuba buat di rumah.
1) Buat jadual berehat.
Sebagai contoh, setiap dua muka surat buku habis dibaca, berhenti rehat sebentar. Ataupun rehatkan mata setiap setengah jam membaca.
2) Jarak terbaik pegang buku.
Mengikut kajian, cadangannya adalah pegang buku jarak antara dari siku ke penumbuk tangan (knuckles). Bukan terlalu dekat atau terlalu jauh dari mata. Yang penting, selesa buat mereka.
3) Letak meja belajar menghadap tingkap.
Dengan kedudukan ini, apabila tiba masa rehat, mata mereka boleh terus lihat jauh. Lihat jauh dalam jarak 20 kaki dalam masa 20 saat. Kemudian sambung 'page' seterusnya.
4) Meja tidak terlalu tinggi dengan anak.
Jika meja tinggi, ia akan menyebabkan mata terlalu dekat dengan buku. Jarak terlalu dekat akan buat mata cepat letih. Melainkan jika kerusi dapat dinaikkan khas untuk kegunaan meja tinggi.
5) Elakkan posisi meniarap ketika belajar.
Dalam posisi ini, mata akan cenderung dekat dengan buku. Kesannya bukan setakat mata, tangan yang menahan berat badan juga akan lenguh. Dan bila 'ter'letak saja kepala ke bawah, apa lagi.. Bermula episod mata terpejam. Berdengkur..
Selain faktor pemakanan, keadaan sekeliling juga penting. Bagaimana posisi terbaik untuk badan dan juga mata.
Di ABS Optomedik, banyak kes rabun tersembunyi dijumpai oleh Optometris kami. Akademik merosot, juga boleh berpunca daripada rabun begini.
Di sini kita akan periksa mata secara fizikal (dipanggil refraksi) dan juga nilaikan bagaimana sistem mata bekerja. Adakah dalam keadaan terbaik atau 'terbeban'.
Jika benar mata terbeban, inshaAllah ada cara kami cuba bantu.
Sebarang soalan berkenaan kesihatan mata dan cermin mata, boleh ajukan pada kami.
Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Optometris
No comments:
Post a Comment