"Cek mata tiada rabun, tapi kenapa anak saya dekat sekolah, cikgu kata dia lambat salin?"
.
.
.
Terima kasih kerana bertanya puan.
Ya benar, memang ada individu yang apabila diperiksa matanya pada jarak jauh, semua jelas. Ada beberapa individu akan rasa sukar bila mahu menulis (jarak yang dekat).
Antara punca mengapa anak kita rasai sukar menulis seperti rakannya yang lain.
1) Kedua mata tidak dapat bekerja sebagai satu unit.
Lihat perkataan 'ibu masak'. Sebelah mata lihat 'ibu' dan sebelah mata yang lain lihat 'masak'. Perlu ambil masa untuk membaca dan menyalin.
2) Tidak boleh bertahan untuk kekalkan kejelasan tulisan.
Prestasi mata lihat dekat perlu kuat, agar tulisan kekal jelas. Tambah-tambah lagi dalam suatu tempoh masa yang lama. Apabila lemah, akibatnya tulisan pada jarak dekat nampak kabur. Tumpuan melalui terganggu.
3) Rabun tersembunyi yang tidak dibantu. Hanya boleh diuji dengan teknik khas.
Rabun ini selalunya mengganggu pada jarak dekat walaupun penglihatan jelas pada jarak jauh. Biasanya kes ini terjadi pada individu jenis bola mata yang pendek (dari saiz yang normal).
Mata tidak mampu betulkan fokus dengan keupayaan sendiri apabila telah 'hilang tenaganya'. Perlu bantuan luar seperti pemakaian cermin mata untuk membaca.
.
.
.
.
Kadangkala, suara anak tidak kedengaran mengadu. Tapi tindakan anak telah lama 'berbicara'. Ada sesuatu tidak kena pada mata..
Sebaiknya, dapatkan pemeriksaan mata daripada Optometris berpengalaman untuk mengetahui punca mengapa mata kabur semasa membaca.
Hanun Nadiah Rozi
Optometris
Optometris
No comments:
Post a Comment