'Eye contact'
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Satu teknik yang perlu diambil kira ketika berhadapan dengan audiens ataupun klien adalah 'eye contact'.
Bermula dari sesi pengenalan, seterusnya sesi pemeriksaan mata ,kemudian sesi 'close sale' perlukan 'eye contact' yang berkesan.
Saya kongsikan beberapa teknik 'eye contact'.
1) Palingkan bahu dan kepala untuk menghadap ke arah mata klien.
2) Badan berada pada postur yang tegak sedikit untuk menunjukkan yang anda sudah bersedia untuk mendengar, berhubung dan berkomunikasi.
3) Letakkan diri jauh sedikit dari tubuh prospek (jarak lebih kurang sedepa).
4) Ketika sesi 'eye contact' dilakukan sering kali kita tertanya di manakah bahagian wajahnya yang perlu kita lihat.
Ada sesetengah orang yang berasa segan dan kurang selesa bila kita melihat matanya secara berterusan.
Kadang-kadang kita pun turut rasa segan
😅. Nak tengok mana yang sebetulnya?

Pilih titik fokus yang berdekatan dengan mata.
Lihat pada bahagian antara kedua mata.
Juga boleh lihat pada bahagian bawah dan atas mata ataupun di bahagian telinga (earlobe).
5) Putus kan sesi 'eye contact' setiap 5-15 saat.
'Eye contact' yang berterusan akan menyebabkan maklumat tidak disampaikan dengan sepenuhnya.
Lihat pada tempat lain seketika untuk mewujudkan sesi perbualan yang lebih santai dan mudah tetapi cuma beberapa saat.
Ketika pandangan diubah seketika boleh selitkan dengan gelak tawa, anggukan dan lihat pada sekitar kawasan yang berhampiran dengan kedudukan prospek (hanya secara selingan).
'Eye contact' yang kena pada caranya dapat mewujudkan keselesaan pada orang yang memberi dan yang menerima input.
Noor Asyikin Amiruddin
Optometrist
ABS Optometris Taiping
0134417963
Optometrist
ABS Optometris Taiping
0134417963
No comments:
Post a Comment