#tanyaoptomedik
Apa yang perlu dilakukan jika mata dimasuki serangga @ bendasing?
Apa yang perlu dilakukan jika mata dimasuki serangga @ bendasing?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Benda yang biasa kita lakukan apabila perkara ini berlaku adalah dengan secara tidak sengaja tangan digosok-gosok pada mata.
Selagi tidak surut rasa gatal dan tidak selesa itu, selagi itu tangan tak berhenti-henti menggosok.
Sampai merah-merah mata dibuat nya.
Saya kongsikan beberapa tips apa yang boleh dilakukan.
1) Tidak disentuh atau digosok
Jika sedar akan kehadiran benda masuk ke dalam mata pastikan anda tidak menyentuh dan menggosok mata secara kuat.
Gosokan yang kuat akan menyebabkan luka pada bahagian depan mata disebabkan oleh geseran bendasing tersebut.
Pastikan memang benar wujudnya bendasing tersebut pada bahagian mata.
Kenal pasti akan kedudukannya.
2) Gunakan air
Bilas dengan air bersih untuk mengeluarkan serangga tersebut.
Pelbagai cara boleh digunakan seperti masukkan mata kedalam takungan air . (Cara yang selalu kita buat
😅).

Tapi cara terbaik adalah dengan menggunakan air suling.
Minta bantuan orang lain untuk alirkan air suling ke dalam mata untuk mengeluarkan bendasing tersebut.
3) Guna 'cotton bud' atau tisu.
Jika tidak keluar juga, gunakan 'cotton bud' atau tisu yang basah untuk mudahkan lekatan bendasing pada bahagian tisu tersebut.
Tetapi jika sedar akan ketajaman bendasing tersebut elakkan guna cara ini.
Perlu dirujuk kepada doktor.
4) Gunakan ubat titis mata
Berfungsi untuk kurangkan rasa ketidakselesaan pada mata.
Elak gunakan secara berlebihan kerana ia mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan kesan alergik pada sesetengah pengguna.
Cara yang betul dapat kurangkan keadaan menjadi lebih teruk.
Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping
ABS Optomedik Taiping
No comments:
Post a Comment