Tips pilih cermin mata untuk si pemakai 'shawl'.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
Berjam-jam memilih bingkai. Itu tak kena, ini tak kena.
Hampir satu kedai dicubanya bingkai.
Kesemua dirasakan tak sesuai. Rumit juga pemakai 'shawl' seperti saya ini untuk memilih bingkai yang sesuai.
Saya kongsikan beberapa tips untuk pilih bingkai untuk di 'ngam' kan dengan pemakaian 'shawl'.
1) Cuba lihat pada pemakai tudung 'shawl'. Apabila pakai tudung jenis ini, permukaan 'shawl' akan rapat pada permukaan muka.
Jadi pilih saiz bingkai yang paling hampir mengikut saiz lebar muka dan jarak anak mata.
Saiz bingkai yang terlalu besar akan menampakkan lagi tudung kita yang kembang.
Hampir-hampir nampak rambut dari dalam.
Pastikan jarak antara kaki bingkai dan pemegang kanta di hadapan rapat.
Namun begitu, jangan terlalu kecil semata-mata tak mahu nampakkan langsung lengkukan pada tudung.
Bingkai yang terlalu kecil akan menampakkan wajah anda terlebih besar dan mungkin akan ada bekas pada bahagian sisi muka di sebabkan terlalu ketat.
2) Pilih dari jenis ada spring bagi yang suka pakai bingkai dibahagian luar 'shawl' dan suka yang besar-besar. Ikut 'trend' la katakan.
Tidak disangkal jika ada juga yang suka pakai jenis begitu. Terutama dari golongan remaja.
Jadi dengan adanya spring antara bahagian penyambung kaki dan cermin, akan memudahkan bingkai tersebut memegang permukaan muka dengan lebih kejap dan ketat.
Kurang juga lurutan bingkai ke bawah.
3)Pilih bingkai yang mempunyai kaki bingkai yang tiada penyambung di hujungnya. Contoh yang tiada penyambung adalah dari jenis 'one piece'.
Temple yang ada bahagian penyambung akan sebabkan rambut sering melekat dan terikut sekali keluar dari tudung apabila ingin tanggalkan bingkai dari muka.
Rambut terkeluar-terkeluar ni stress sebenarnya.
Susah pula nak jolok-jolok balik rambut yang terkeluar tu. Kadang-kadang tu, lagi jolok lagi terkeluar.
😧

4) Pilih warna yang boleh di 'ngam' kan dengan pelbagai warna shawl.
Maklum la pemakai 'shawl' ni hari - hari tukar warna tudung, hari ni warna lembut, esok warne 'striking' pula , lusa warna gelap.
Antara warna yang boleh dipadankan pada kesemua warna adalah warna-warna gelap sikit seperti 'dark maroon, dark blue, atau dark brown'.
Pemilihan bingkai yang sesuai adalah yang menampakkan keyakinan yang tinggi dan penampilan yang menarik.
Di ABS Optomedik kami bukan sahaja menilai dari segi tahap penglihatan tapi juga amat menekankan dari segi pemilihan bingkai yang sesuai untuk pengguna terutama yang pentingkan keselesaan dan penampilan.
Setiap pilihan ada 'ya' dan ada juga 'tidak' nya.
Jika ada pertanyaan tentang isu penglihatan, boleh hubungi ke talian hotline ABS Optomedik Taiping : 013-4417963.
Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping
Optometris
ABS Optomedik Taiping
No comments:
Post a Comment