Sunday, 12 February 2017

Tips Cermin Mata Tahan Lama

#tanyaoptomedik

Ada tips tak supaya cermin tahan lama, anak saya sangat aktif di sekolah. Baru buat cermin mata cepat sahaja rosak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang kita yang dewasa ini pun tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk pakai dan jaga cermin mata, ini kan pula anak-anak yang masih kecil.

Penjagaan yang betul adalah sangat penting untuk diajarkan kepada anak-anak agar cermin mata tidak akan mudah calar, pecah dan hilang.

Saya kongsikan beberapa tips yang boleh ibu bapa aplikasikan :

1) Fahamkan anak-anak
Ia sangat membantu untuk fahamkan anak-anak bila dan di mana mereka perlu memakai cermin mata.
Ada sesetengah keadaan, mereka perlu pakai sentiasa dan ada juga keadaan mereka perlu pakai pada masa -masa tertentu sahaja seperti ketika melakukan aktiviti sekolah dan membaca.

2) Tunjukkan kepada mereka cara meletakan cermin pada mata dengan betul.
Gunakan kedua-dua tangan untuk membuka bukaan kaki bingkai ketika meletakkan pada bahagian di telinga sehingga bukaan hidung bingkai terletak baik pada hidung anak.

Ketika melakukan tindakan tersebut, beritahu mereka bahawa ini adalah cara paling baik ketika pakai cermin mata.
Kedudukannya perlu berada betul pada bahagian atas hidung tapi bukan pada hujung hidung.

3) Berlatih bersama mereka cara menanggalkan bingkai dengan betul.
Gunakan kedua- dua tangan. Elakkan guna satu tangan kerana akan menyebabkan bukaan kaki menjadi lebih terkangkang terutama kepada bingkai yang tiada spring.

Pastikan ketika tanggalkan, tangan tidak menyentuh kantanya. Cermin akan kotor.
Lakukan berulang kali sehingga mereka begitu cekap menanggalkan bingkai tersebut.
Beri pujian jika mereka dapat melakukan dengan baik.

4) Beritahu supaya simpan di dalam bekas yang disediakan jika tidak gunakannya.
Walaupun mereka pakai sentiasa tapi pastikan anda sentiasa bekalkan bekas bersama mereka terutama jika ke sekolah.

5) Pernah lihat atau tidak gaya pakai cermin di atas kepala?
Ia juga akan mnyebabkan bukaan kaki yang lebih luas dan berisiko untuk jatuh.
Beritahu mereka secara lembut untuk pakai hanya pada muka tapi bukan pada kepala.

6) Jika anak aktif bersukan, cermin lebih terdedah kepada risiko untuk pecah dan berangkali akan mencederakan mereka.
Cermin perlu ditanggalkan ketika aktiviti lasak.
Jika anak sangat perlukan cermin mata terutama yang mempunyai power yang tinggi , laburkan sedikit wang untuk membeli 'goggle' khas untuk bersukan.

Ataupun kanta yang tahan calar dan tahan lasak seperti 'airwear' adalah antara pilihan yang terbaik bagi anak anda yang aktif dengan aktiviti harian.
Bingkai plastik pula lebih memegang kuat kanta berbanding bingkai besi.

8) Dapatkan tali pada bingkai. Tali ini akan memegang bingkai dari terjatuh jika anak berlari atau melompat. 
Ia akan tergantung pada leher. Kurang risiko untuk pecah.
Bimbing mereka agar mereka lebih tahu cara menghargai alat bantuan penglihatan ini.

Jika ada pertanyaan tentang isu penglihatan, boleh hubungi ke talian hotline ABS Optomedik Taiping : 013-4417963.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

No comments:

Post a Comment