Sunday, 12 February 2017

Sunglass Ori vs Sunglass Fake

#tanyaoptomedik

Adakah pakai sunglass boleh jaga mata daripada cepat rosak kena cahaya matahari?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat lagi ketika pergi bercuti ke Teluk Batik tempoh hari, semua pakat nak cari krim 'sunblock' sebab nak jaga kulit.
Risau bertukar warna kulit barangkali ðŸ˜….
Almaklum la bila dah dapat sentuh air laut, lama-lama kat tengah panas pun 'no hal'.
Banyak dari kita tahu sinar matahari akan memberi kesan kepada kulit seperti 'sunburn' dan kanser kulit tapi tak banyak orang tahu sinar matahari juga akan memberi kesan kepada mata.

Antara kesan sinar UV kepada mata ialah :
1) Katarak - Selaput yang terhasil pada kanta mata akan menyebabkan pandangan menjadi kabur.
Dianggarkan hampir 20% kes pesakit katarak disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap sinar UV.
2)Macular degeneratiaon (penyakit belakang mata) yang mengakibatkan rosak bahagian tengah penglihatan.
3) Pterygium (tisu lebihan yang tumbuh dari mata putih masuk ke bahagian mata hitam). Tisu ini akan mengubah kelengkungan kornea dan menyebabkan perubahan silau.

Pemakaian sunglass yg betul dan original akan memberi perlindungan mata 100% terhadap sinar UVA dan UVB.
Namun begitu terdapat segelintir yang membeli sunglass hanya untuk nampak bergaya tanpa memikirkan kualiti cermin tersebut.
Dr Wayne Bizer, maklumkan kepada American Academy of Opthalmology, bahawa sunglass yang tiada perlindungan dari sinar UV akan lebih memudaratkan mata berbanding terpaksa mengecilkan mata menahan silau (tak pakai sunglass).

Fakta :
Bila cahaya sangat terik, anak mata hitam akan mengecil untuk mengehadkan kemasukan cahaya ke dalam mata.
Bila kita menggunakan cermin mata hitam , situasinya adalah sama apabila berada di dalam bilik gelap.
Anak mata hitam akan membesar (dilate) untuk benarkan lebih banyak cahaya.
Bayangkan apa terjadi kepada mata jika kita memakai cermin mata hitam yang tiada perlindungan daripada UV.
Anak mata akan mengembang . Dengan bukaan yang luas ini lebih membenarkan sinar UV masuk dengan lebih banyak tanpa ditapis.
Beliau berkata , pakai cermin mata gelap tanpa perlindungan UV kesannya lebih teruk berbanding tanpa memakai apa-apa.
Elak jadikan keinginan bergaya lebih daripada keinginan untuk kekal sihat.
Jika ada pertanyaan tentang isu penglihatan, boleh hubungi ke talian hotline ABS Optomedik Taiping : 013-4417963.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

No comments:

Post a Comment