Monday, 27 February 2017

Cermin Mata Asyik Melurut?

Baru sahaja tukar bingkai baru tapi alahai kenapa asyik melurut sahaja ke bawah.

"Takkan nak tukar bingkai baru?"

Jari asyik menolak-menolak bingkai supaya lekat pada kedudukannya.

Barangkali setiap kali kepala digerakan atau ditundukkan , setiap kali itu juga bingkai mahu jauhkan dirinya.

Susah rasanya nak gerak.

Tambah-tambah kalau tengah berpeluh, lagi licin dia melurut.

Seperti mahu digam sahaja ke kulit supaya tiada lagi gerak lurutnya.

Ini tips untuk atasi nya:

1) Gunakan 'ear hook' ( cangkuk telinga).

Cangkuk ini dapat pastikan kedudukan cermin mata 'melekat' pada tempatnya.

Cangkuk di bahagian belakang telinga ini dapat mengimbangkan dan memegang erat kedudukan bingkai daripada melurut ke bawah.

*
2) Jika bingkai dari jenis plastik yang tiada 'nosepad', boleh tambahkan di bahagian hidung bingkai dengan aksesori tambahan iaitu nosepad lekatan.

Ia dapat mengurangkan bukaan dibahagian 'bridge' bingkai sekaligus kurangkan pergerakan bingkai.

*
3) Boleh bengkok dan ketatkan sedikit pada bahagian kaki bingkai (temple). Agar cengkaman dibahagian telinga lebih kuat.

Bila sudah 'ngam' dihidung, mahu gerakkan 360° pun tiada masalah.

*
Melompat dan berlari tanpa risau cermin mata terjatuh adalah satu perkara yang paling menyenangkan di hati si pemakai.

Jika ada pertanyaan tentang rabun, kami sudi menjawabnya. Untuk temujanji di ABS Optomedik Taiping hubungi no hotline 013-4417963


Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping





Sunday, 26 February 2017

Gosok-gosok dan Kecik-kecikkan Mata

Kata fizi kepada Ehsan "Dia kecik-kecik dah rabun."

Ehsan jawab, "Aku tak tahu pun aku rabun, daddy yang nampak aku gosok-gosok mata. Lepas tu terus kena pakai cermin mata".

Itulah yang saya ingat, beberapa dialog dalam animasi upin ipin episod 'Jaga dan hargai masa tahun 2014'. 
.
.

Kita mudah perasan anak-anak mungkin mempunyai masalah penglihatan dengan mengadu
seperti perkataan nampak kabur, silau, dan tidak jelas.

Tapi bagaimana pula jika anak-anak kita itu hanya mendiamkan diri?

Perlu juga kita ambil perhatian bukan?

Apa kata kita bawa mereka 6 bulan sekali untuk cek mata.


Ada tanda lain tak untuk tahu pelajar itu ada masalah penglihatan, selain dari kabur tengak jauh?

Saya kongsikan beberapa tanda-tanda yang boleh kita lihat secara mata kasar.

1) Kerap gosokkan mata. Setiap kali main tab atau baca buku, jari jemari mula mendekati mata. Digosok berkali-kali.

2) Jika duduk di atas meja belajar, terpaksa dibongokkan badan ketika membaca. Jarak mata dan buku terlalu dekat. Jika tidak didekatkan, susah untuk melihat dengan jelas.

3)Kelipan mata yang kerap. Terkebil-kebil kelopak mata. Kadang-kadang kita katakan ia ' habit' dari kecil tapi sebenarnya ia ada kaitan dengan otot mata.

3) Mata lari. Kadang-kadang nampak mata sebelah bergerak keluar. Ada masanya ke dalam. Gerakan tidak seiring dengan mata yang di sebelah. Ini juga ada kaitan dengan otot yang pegang bola mata.

4) Tidur yang terlalu kerap dan lama. Terutama selepas waktu sekolah. Stamina mata yang tidak cukup tidak dapat menampung kerja-kerja harian seorang pelajar.

5) Memalingkan kepala untuk melihat lebih jelas. Kedudukan kepala yang tidak lurus dengan objek yang dilihat.

6) Anak dilihat tidak berapa aktif dalam bidang sukan. Bola yang dibaling mudah pun susah di capainya.

Lihat secara keseluruhan pada cara pergerakan dan tingkahlaku anak dapat membantu kita kenalpasti lebih awal isu tentang penglihatan kerana ia rabun sekadar rabun.

Jika ada pertanyaan tentang isu ini, kami sudi menjawabnya. Untuk temujanji di ABS Optomedik Taiping hubungi no hotline 013-4417963

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping


Saturday, 25 February 2017

Mata Kerap Berair?

"Lepas habis kerja di Ofis, Cik Lina lawat ke tapak dalam pukul 12 nanti ya." Arahan dari bos dari pintu biliknya.
Berpanaslah kita duhai mata!


Mata saya sangat sensitif dengan cahaya dan kerap pula berair. Apa nak buat ya?

Saya kongsikan beberapa solusi:

1) Guna Sunglass dengan perlindungan UV.

Banyak yang ada dipasaran (murah-murah) di luar tidak mempunyai perlindungan ini. Memanglah rasa redup, tapi UV dari matahari akan lebih banyak pula diserap oleh mata.

Kanta polarized, yang dapat menapis silau berlebihan dari sunglass biasa, juga boleh dijadikan pilihan.

2) Cermin automatik tukar gelap sendiri-sendiri.

Orang rabun suka! Kerana jenis cermin ini boleh diletakkan bersama power rabun.

3) Gunakan titisan air mata palsu (eyedrop).

Ini dapat mengurangkan akan kesan rasa mata yang letih.

Jika ada pertanyaan, kami sudi menjawabnya. Untuk temujanji di ABS Optomedik Taiping hubungi no hotline 013-4417963

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping


Thursday, 23 February 2017

Rabun Warna

#tanyaoptomedik

Anak saya berusia empat tahun, sudah boleh mengenal nombor dan huruf tapi sukar untuk memberitahu warna sesuatu objek.

Adakah anak saya mempunyai rabun warna?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk puan yang bertanya jangan terlalu risau akan keadaan ini.

Konsep warna jika dibandingkan dengan konsep nombor dan huruf adalah lebih kompleks dan rumit.

Ramai kanak-kanak mengalami situasi seperti ini walaupun mereka sudah boleh mengenal huruf dan nombor.

Kesukaran ini disebabkan terdapat pelbagai perbezaaan warna yang perlu di kategorikan.
Masih bukan pada tahap keupayaan umur mereka.

Konsep nya mudah.
Tunggu sehingga mereka menempuh zaman pembelajaran di pusat tadika.

Pada tempoh ini anak lebih didedahkan kepada persekitaran yang lebih bervariasi.

Tapi jika selepas tempoh tersebut anak masih sukar untuk menentukan warna, boleh disarankan untuk berjumpe pakar penglihatan.

Masalah penglihatan warna bukan lah isu yang besar.

Tidak di kategori kan sebagai penyakit tapi ia tetap akan mempengaruhi dari segi pemilihan kerjaya pada masa hadapan.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping






Tips Fokus Dalam Kelas

#tanyaoptomedik

Tips untuk fokus dalam kelas
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Ok murid-murid, buka muka surat 50."

Kedengaran suara guru mulakan pembelajaran.
Awal -awal sahaja bersemangat.

10 minit, 20 minit... "Ahh sudah. Di manakah aku sekarang. "

Terawang -awangan minda ini berkhayal.

Ikut kajian, pelajar akan hanya dapat memberikan tumpuan dan fokus mereka dalam kelas pada 5- 10 minit yang pertama sahaja.

Tambah-tambah jika pembelajaran berlaku secara berterusan tanpa ada interaksi dua hala antara pelajar dan guru.

Saya kongsi beberapa tips untuk fokus di dalam kelas.

1)Dapatkan tidur yang cukup.

Tidur 8 jam setiap malam adalah tempoh yang paling ideal. Setkan rutin waktu yang sama setiap hari untuk anak masuk tidur.

Minda tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya jika tidak mendapat rehat yang cukup.

2) Sarapan pagi yang berkhasiat.

Makan sajian yang berkhasiat pada waktu pagi memberikan tenaga segar untuk sepanjang hari.
Sarapan yang berkhasiat tidak semestinya makanan yang berat.

Cukup sekadar dapat berikan tenaga kepada anak-anak untuk melakukan aktiviti-aktiviti sekolah mereka.

3) Duduk di barisan depan kelas.

Lagi dekat dengan guru lebih mudah untuk fokus dan proses penumpuan lebih mudah berbanding duduk di bahagian belakang kelas.

4) Bersenam atau melakukan aktiviti sukan yang mengeluarkan peluh.

Tubuh badan yang sihat dapat merangsang otak dan melancarkan pengaliran darah ke otak.
Sekali gus dapat menguatkan ingatan dan kefahaman terhadap sesuatu pembelajaran.

6) Mempunyai skill melihat dengan baik.

Skil melihat yang pantas dan cekap dapat menyumbang kepada proses pembelajaran yang lebih baik.
Skil baik dapat dinilaikan dengan beberapa ujian.

Terdapat klien kita yang datang untuk nilaikan tahap stamina dan skil melihat sangat memberi feedback yang positif kepada proses penumpuan mereka di dalam kelas.

Dahulu dari No 24 dalam kelas , sekarang mampu menjadi antara 10 orang teratas.

Kejayaan dengan penglihatan

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping
013-4417963


Friday, 17 February 2017

'Visual Fatigue'


Anak saya sangat minat membaca buku.

Disebabkan terlalu minat membaca, setiap kali ke kedai buku pasti ada buku yang dibelinya.

Dari yang jenis komik sehinggalah ilmiah.

Saya perasan, dulu dalam seminggu berbuah-buah buku boleh dihabiskan.

Tapi sekarang ini, satu buku pun susah nak dihabiskan.

Nak tahan 10 minit pun sudah tidak mampu.

Apakah ia berkaitan dengan mata?
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ya . Kes seperti ini digelar 'visual fatigue' adalah berpunca dari cara mata yang bekerja tidak normal daripada yang sepatutnya.

Individu yang terlebih kerja melebihi apa yang mata mampu lakukan terutama ketika membaca dan menyalin nota, mata tidak lagi fleksibel.

Apa yang perlu dilakukan (jumpa Optometris):

1) Nilaikan cara mata bekerja supaya dapat mengetahui tahap cergas penglihatan kita.

2) Kesesuaian design dan produk cermin untuk merangsang kembali mata yang lemah.

3) Terapi khas untuk sesuatu keadaan 'kecelaruan' penglihatan yang berlaku.

Jika kita perasan perubahan yang ketara pada anak terutama ketika melakukan kerja-kerja harian sebagai seorang pelajar, lakukan pemeriksaan segera.

Penglihatan yang baik menjamin prestasi pembelajaran yang baik.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

Thursday, 16 February 2017

Tips Memilih Bingkai Cermin Mata Anak

#tanyaoptomedik

Anak baru mula nak pakai cermin mata tapi tak tahu nak pilih macam mana.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Apabila melibatkan 'first time' pasti akan ada rasa kekeliruan terutama ketika memilih bingkai.

Yang manakah menjadi keutamaan sama ada memilih ikut kemahuan anak atau yang tahan lama?

Saya kongsikan beberapa tips ketika memilih bingkai anak.

1) Cuba beri peluang kepada anak untuk memilih bingkai mereka sendiri. Dari pilihan mereka, boleh beri pandangan tentang rekaan tersebut.

2) Selalu kita dengar isu anak-anak mengadu diberi kata-kata yang kurang baik, kerana cermin mata yang dipakainya.

Jadi perkara yang paling penting elakkan pilih bingkai yang boleh menyebabkan mereka ditertawakan, contoh bingkai besar yang tidak sesuai dengan saiz wajah anak.

4) Plastik atau besi?
Bingkai kanak-kanak terdiri daripada jenis besi dan juga plastik.

Jika dahulu, bingkai jenis plastik menjadi pilihan yang paling sesuatu untuk kanak-kanak kerana sifatnya yang tahan lama, ringan dan harga lebih berpatutan.
Tapi kini, bingkai jenis besi juga mendapat sambutan kerana terdapat pelbagai jenis material bingkai besi di pasaran.

Cuma hati-hati bagi orang akan mempunyai allergik kepada bingkai besi yang mempunyai bahan nickel.
Jika masih berminat jenis besi, minta konsultan optik memilih jenis yang 'hypoallergenic' bagi pengguna yang mempunyai allergi terhadap besi.

4) Kedudukan pada batang hidung.
Ini bahagian yang paling sukar untuk mencari bingkai yang sesuai apabila melibatkan kedudukan bingkai pada hidung.

Bagi kanak-kanak yang mempunyai bentuk hidung yang leper, elak kan memilih bingkai yang tiada nosepad (kebanyakkan nye jenis plastik) tetapi ada juga jenis bingkai plastik sudah mempunyai 'nosepad' atau jenis lekatan untuk menghalang bingkai dari melurut ke bawah.

5) Bahagian kaki bingkai (temple).
Bagi anak yang aktif dari segi pergerakan, pilih bingkai yang melengkung di bahagian hujung kaki bingkai.
Ia dapat memegang bingkai dengan lebih kejap dan elak bingkai dari melurut kebawah.

6)Bingkai yang mempunyai spring.
Kelebihan memilih bingkai jenis ini adalah ia lebih mudah di laras pada kedudukan muka dan mengurangkan bukaan temple apabila kerap kali pakai dan tanggalkan cermin mata.

Pemilihan bingkai yang baik boleh dilihat semasa pemakaian apabila anak-anak tidak boleh berpisah dengan cermin mata nya.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

Wednesday, 15 February 2017

Say No To Air Tapisan


Bolehkah cuci kanta sentuh dengan air tapisan atau air masak (air minuman).
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Cuci dengan air masak jela la. Dah jerang dah tadi mesti dah mati kuman dia kan."

Tanya la mana-mana pemakai kanta sentuh pasti pada mulanya pernah berfikir sebegini.

Air minuman seperti air tapisan, air mineral atau air yang dijerang walaupun selamat diminum dan bersih tetapi ia tidak selamat dijadikan sebagai medium pencuci kanta sentuh.

Air-air ini mengandungi mikroorganisma yang dinamakan Acanthamoeba yang tidak akan mati walaupun dimasak pada suhu 100 darjah celcius.

Begitu juga pada air tapisan. Mikroorganisma ini tidak boleh ditapis.
Jika mikroorganisma ini melekat dan terperangkap pada permukaan kanta sentuh, ia akan menyebabkan infeksi pada mata.

Walaupun beberapa saat atau minit kanta direndam dalam air, mikroorganisma ini tetap melekat pada material kanta seterusnya akan berpindah pada mata.

Infeksi yang disebabkan kurang penjagaan dari segi kebersihan kanta sentuh akan menyebabkan kecederaan pada bahagian hadapan mata (kornea) dan menjadi asbab kebutaan.

Air-air ini tidak mempunyai kandungan garam seperti air mata, jadi bacaan PH nya tidak dapat dipadankan dengan bacaan acidic pada air mata.

Disebabkan perbezaan neutraliti ini, kanta sentuh akan berubah bentuk dan melekat ketat pada permukaan kornea.

Pandangan akan menjadi kabur dan tidak selesa.

Gunalah cecair pembersih yang sesuai agar kanta sentiasa berapa dalam keadaan bebas dari mikroorganisma yang berbahaya pada mata.

Jika ada pertanyaan tentang isu ini, kami sudi menjawabnya. Talian hotline ABS Optomedik Taiping : 013-4417963.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

Tuesday, 14 February 2017

Tips Pilih Cermin Mata Untuk Si Pemakai 'Shawl'

Tips pilih cermin mata untuk si pemakai 'shawl'.
__________________________________________________________________________
Berjam-jam memilih bingkai. Itu tak kena, ini tak kena.
Hampir satu kedai dicubanya bingkai.

Kesemua dirasakan tak sesuai. Rumit juga pemakai 'shawl' seperti saya ini untuk memilih bingkai yang sesuai.

Saya kongsikan beberapa tips untuk pilih bingkai untuk di 'ngam' kan dengan pemakaian 'shawl'.

1) Cuba lihat pada pemakai tudung 'shawl'. Apabila pakai tudung jenis ini, permukaan 'shawl' akan rapat pada permukaan muka.
Jadi pilih saiz bingkai yang paling hampir mengikut saiz lebar muka dan jarak anak mata.
Saiz bingkai yang terlalu besar akan menampakkan lagi tudung kita yang kembang.

Hampir-hampir nampak rambut dari dalam.
Pastikan jarak antara kaki bingkai dan pemegang kanta di hadapan rapat.

Namun begitu, jangan terlalu kecil semata-mata tak mahu nampakkan langsung lengkukan pada tudung.
Bingkai yang terlalu kecil akan menampakkan wajah anda terlebih besar dan mungkin akan ada bekas pada bahagian sisi muka di sebabkan terlalu ketat.

2) Pilih dari jenis ada spring bagi yang suka pakai bingkai dibahagian luar 'shawl' dan suka yang besar-besar. Ikut 'trend' la katakan.
Tidak disangkal jika ada juga yang suka pakai jenis begitu. Terutama dari golongan remaja.

Jadi dengan adanya spring antara bahagian penyambung kaki dan cermin, akan memudahkan bingkai tersebut memegang permukaan muka dengan lebih kejap dan ketat.
Kurang juga lurutan bingkai ke bawah.

3)Pilih bingkai yang mempunyai kaki bingkai yang tiada penyambung di hujungnya. Contoh yang tiada penyambung adalah dari jenis 'one piece'.
Temple yang ada bahagian penyambung akan sebabkan rambut sering melekat dan terikut sekali keluar dari tudung apabila ingin tanggalkan bingkai dari muka.

Rambut terkeluar-terkeluar ni stress sebenarnya.
Susah pula nak jolok-jolok balik rambut yang terkeluar tu. Kadang-kadang tu, lagi jolok lagi terkeluar.😧

4) Pilih warna yang boleh di 'ngam' kan dengan pelbagai warna shawl.
Maklum la pemakai 'shawl' ni hari - hari tukar warna tudung, hari ni warna lembut, esok warne 'striking' pula , lusa warna gelap.

Antara warna yang boleh dipadankan pada kesemua warna adalah warna-warna gelap sikit seperti 'dark maroon, dark blue, atau dark brown'.
Pemilihan bingkai yang sesuai adalah yang menampakkan keyakinan yang tinggi dan penampilan yang menarik.

Di ABS Optomedik kami bukan sahaja menilai dari segi tahap penglihatan tapi juga amat menekankan dari segi pemilihan bingkai yang sesuai untuk pengguna terutama yang pentingkan keselesaan dan penampilan.

Setiap pilihan ada 'ya' dan ada juga 'tidak' nya.

Jika ada pertanyaan tentang isu penglihatan, boleh hubungi ke talian hotline ABS Optomedik Taiping : 013-4417963.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

Sunday, 12 February 2017

Tips Cermin Mata Tahan Lama

#tanyaoptomedik

Ada tips tak supaya cermin tahan lama, anak saya sangat aktif di sekolah. Baru buat cermin mata cepat sahaja rosak.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kadang-kadang kita yang dewasa ini pun tidak tahu bagaimana cara yang betul untuk pakai dan jaga cermin mata, ini kan pula anak-anak yang masih kecil.

Penjagaan yang betul adalah sangat penting untuk diajarkan kepada anak-anak agar cermin mata tidak akan mudah calar, pecah dan hilang.

Saya kongsikan beberapa tips yang boleh ibu bapa aplikasikan :

1) Fahamkan anak-anak
Ia sangat membantu untuk fahamkan anak-anak bila dan di mana mereka perlu memakai cermin mata.
Ada sesetengah keadaan, mereka perlu pakai sentiasa dan ada juga keadaan mereka perlu pakai pada masa -masa tertentu sahaja seperti ketika melakukan aktiviti sekolah dan membaca.

2) Tunjukkan kepada mereka cara meletakan cermin pada mata dengan betul.
Gunakan kedua-dua tangan untuk membuka bukaan kaki bingkai ketika meletakkan pada bahagian di telinga sehingga bukaan hidung bingkai terletak baik pada hidung anak.

Ketika melakukan tindakan tersebut, beritahu mereka bahawa ini adalah cara paling baik ketika pakai cermin mata.
Kedudukannya perlu berada betul pada bahagian atas hidung tapi bukan pada hujung hidung.

3) Berlatih bersama mereka cara menanggalkan bingkai dengan betul.
Gunakan kedua- dua tangan. Elakkan guna satu tangan kerana akan menyebabkan bukaan kaki menjadi lebih terkangkang terutama kepada bingkai yang tiada spring.

Pastikan ketika tanggalkan, tangan tidak menyentuh kantanya. Cermin akan kotor.
Lakukan berulang kali sehingga mereka begitu cekap menanggalkan bingkai tersebut.
Beri pujian jika mereka dapat melakukan dengan baik.

4) Beritahu supaya simpan di dalam bekas yang disediakan jika tidak gunakannya.
Walaupun mereka pakai sentiasa tapi pastikan anda sentiasa bekalkan bekas bersama mereka terutama jika ke sekolah.

5) Pernah lihat atau tidak gaya pakai cermin di atas kepala?
Ia juga akan mnyebabkan bukaan kaki yang lebih luas dan berisiko untuk jatuh.
Beritahu mereka secara lembut untuk pakai hanya pada muka tapi bukan pada kepala.

6) Jika anak aktif bersukan, cermin lebih terdedah kepada risiko untuk pecah dan berangkali akan mencederakan mereka.
Cermin perlu ditanggalkan ketika aktiviti lasak.
Jika anak sangat perlukan cermin mata terutama yang mempunyai power yang tinggi , laburkan sedikit wang untuk membeli 'goggle' khas untuk bersukan.

Ataupun kanta yang tahan calar dan tahan lasak seperti 'airwear' adalah antara pilihan yang terbaik bagi anak anda yang aktif dengan aktiviti harian.
Bingkai plastik pula lebih memegang kuat kanta berbanding bingkai besi.

8) Dapatkan tali pada bingkai. Tali ini akan memegang bingkai dari terjatuh jika anak berlari atau melompat. 
Ia akan tergantung pada leher. Kurang risiko untuk pecah.
Bimbing mereka agar mereka lebih tahu cara menghargai alat bantuan penglihatan ini.

Jika ada pertanyaan tentang isu penglihatan, boleh hubungi ke talian hotline ABS Optomedik Taiping : 013-4417963.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

Cara Untuk Nampak 'Cool'

Bagaimana nak nampak 'cool' ketika memakai cermin mata.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Cermin mata adalah satu aksesori yang mempengaruhi penampilan diri.
Sama ada pakai untuk bergaya atau memang perlukan bantuan penglihatan, masih tetap mahukan yang paling 'cool' bila dilihat orang.

Jika memilih sunglass , garisan atas bingkai seeloknya menutupi bahagian kening.
(Gambar kanan)
Tapi jika memilih bingkai biasa, kening mesti berada atas dari bingkai tanpa ada ruang yang berlebihan di antara keduanya. (Gambar kiri)
Jadikan cermin mata anda sesuatu yang menampakkan wajah lebih 'cool' dan menarik.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping
013-4417963


Sunglass Ori vs Sunglass Fake

#tanyaoptomedik

Adakah pakai sunglass boleh jaga mata daripada cepat rosak kena cahaya matahari?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Teringat lagi ketika pergi bercuti ke Teluk Batik tempoh hari, semua pakat nak cari krim 'sunblock' sebab nak jaga kulit.
Risau bertukar warna kulit barangkali ðŸ˜….
Almaklum la bila dah dapat sentuh air laut, lama-lama kat tengah panas pun 'no hal'.
Banyak dari kita tahu sinar matahari akan memberi kesan kepada kulit seperti 'sunburn' dan kanser kulit tapi tak banyak orang tahu sinar matahari juga akan memberi kesan kepada mata.

Antara kesan sinar UV kepada mata ialah :
1) Katarak - Selaput yang terhasil pada kanta mata akan menyebabkan pandangan menjadi kabur.
Dianggarkan hampir 20% kes pesakit katarak disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap sinar UV.
2)Macular degeneratiaon (penyakit belakang mata) yang mengakibatkan rosak bahagian tengah penglihatan.
3) Pterygium (tisu lebihan yang tumbuh dari mata putih masuk ke bahagian mata hitam). Tisu ini akan mengubah kelengkungan kornea dan menyebabkan perubahan silau.

Pemakaian sunglass yg betul dan original akan memberi perlindungan mata 100% terhadap sinar UVA dan UVB.
Namun begitu terdapat segelintir yang membeli sunglass hanya untuk nampak bergaya tanpa memikirkan kualiti cermin tersebut.
Dr Wayne Bizer, maklumkan kepada American Academy of Opthalmology, bahawa sunglass yang tiada perlindungan dari sinar UV akan lebih memudaratkan mata berbanding terpaksa mengecilkan mata menahan silau (tak pakai sunglass).

Fakta :
Bila cahaya sangat terik, anak mata hitam akan mengecil untuk mengehadkan kemasukan cahaya ke dalam mata.
Bila kita menggunakan cermin mata hitam , situasinya adalah sama apabila berada di dalam bilik gelap.
Anak mata hitam akan membesar (dilate) untuk benarkan lebih banyak cahaya.
Bayangkan apa terjadi kepada mata jika kita memakai cermin mata hitam yang tiada perlindungan daripada UV.
Anak mata akan mengembang . Dengan bukaan yang luas ini lebih membenarkan sinar UV masuk dengan lebih banyak tanpa ditapis.
Beliau berkata , pakai cermin mata gelap tanpa perlindungan UV kesannya lebih teruk berbanding tanpa memakai apa-apa.
Elak jadikan keinginan bergaya lebih daripada keinginan untuk kekal sihat.
Jika ada pertanyaan tentang isu penglihatan, boleh hubungi ke talian hotline ABS Optomedik Taiping : 013-4417963.

Noor Asyikin Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping