Bagaimana tercipta nya kanta jauh dekat tanpa garisan (Multifokal) Varilux dari Essilor?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Selepas kecewa dengan kekurangan cermin jauh dekat ada garisan (bifokal) ayahnya, Seorang Jurutera dari syarikat Essilor, Bernerd Maitenaz telah mengambil satu inisiatif untuk mencipta kanta jauh dekat tanpa garisan Varilux (multifokal/ progressive) pada tahun 1959.
Sejak dari itu, Essilor menetapkan matlamat untuk menjadi pengeluar terbaik yang mampu memberi keselesaan kepada pengguna multifokal melalui penyelidikan mereka.
Pada tahun 2012, hampir 20 juta multifokal varilux sudah dipreskripsi dan didispensi di United State.
Antara kelompok kanta multifokal jenis Varilux , Kanta multifokal Varilux S Series adalah yang terbaik dalam pasaran.
Dengan teknologi synchroneyes yang dimiliki oleh Varilux S Series, ia dapat membantu mata bekerja dalam satu pasukan di mana pengguna akan merasai pandangan yang jelas melalui pergerakan mata dari kiri ke kanan, dan atas ke bawah.
Selain itu, pengguna akan lebih rasa selesa melakukan aktiviti harian kerana terdapat teknologi nanoptix yang menggurangkan kawasan gelombang di bahagian tepi kanta sebanyak 90%.
Seterusnya, ia mempunyai teknologi 4D yang memudah dan mempercepatkan fokus mata dari satu arah ke arah yang lain.
Dengan kelebihan yang ada pada Kanta multifokal Varilux S Series ini menjadikan hampiri 400 juta pengguna kanta multifokal memilih kanta Varilux S Series sebagai alat bantuan penglihatan mereka.
Noor Asyikin Amiruddin
ABS Optomedik Taiping
No comments:
Post a Comment