Tonton television dekat buat mata rabun atau mata memang rabun sebab itu tonton dekat-dekat???
==========================================
==========================================
"Anak-anak tengok tv tu cuba jauh sikit, nanti rosak mata".
"Buta nanti tengok tv dekat-dekat"
"Dah tak sayang mata ka tengok tv macam nak masuk dalam tv juga"
Dialog diatas merupakan ayat mak-mak yang beri amaran pada anak-anak sebab tonton television (tv) dalam jarak yang dekat dari sejak dahulu hingga sekarang. Kalau dulu kita diberi amaran, namun sekarang kita pula memberi amaran pada anak-anak kita.
Tetapi benarkah tonton television dalam jarak yang dekat itu punca rosaknya mata?. Apa yang menyebabkan ramai orang bercakap begitu?
Jom kita selidik sejarahnya.
Begini, ketika tahun 1960an, kewujudan television merupakan perkembangan teknologi baru yang sangat mengujakan. Walaupun television pada zaman itu tidak seperti hari ini yang mana ia hanya berupa sebuah kotak yang tebal dalamnya dipenuhi tiub, wayar dan mentol sahaja.
Pada tahun 1967, pihak General Electric Company (GE) menyatakan television warna yang dikeluarkan mengalami masalah dari segi sinar-X yang berlebihan. Sinar-X ini boleh datangkan kesan yang buruk. Pihak GE telah menangani isu tersebut iaitu melindungi tiub dengan kaca berplumbum.
Setelah dibaiki, pihak jabatan kesihatan telah mengesahkan sinar radiasi itu tidak lagi membahayakan. Namun begitu bagi kanak-kanak masih tidak digalakkan menonton tv lebih dari sejam.
Jadi disebabkan isu ini ibubapa telah tanam dalam fikiran mereka tv rosakkan mata hingga saat ini.
Berbalik kepada persoalan adakah tv merosakkan mata?. Ini jawapannya.
Mengikut kata pakar menonton tv dalam jangkamasa yang lama tidaklah merosakkan mata sehingga buta. Cuma mereka berpendapat tumpuan yang lama pada tv (termasuk monitor komputer) boleh menyebabkan gejala sakit mata dan letih mata.
Mengikut kata pakar menonton tv dalam jangkamasa yang lama tidaklah merosakkan mata sehingga buta. Cuma mereka berpendapat tumpuan yang lama pada tv (termasuk monitor komputer) boleh menyebabkan gejala sakit mata dan letih mata.
Kebanyakkan dari kalangan anak-anak ini mereka gemar tonton tv dalam keadaan baring atau meniarap.
Dalam keadaan ini bola mata akan memandang atas(kedudukan tv tinggi) dalam jangkamasa yang lama dan ini sebabkan mata jadi letih dan sakit.
Walaupun begitu ia bukanlah penyebab menjadi sakit mata berpanjangan.
Dalam keadaan ini bola mata akan memandang atas(kedudukan tv tinggi) dalam jangkamasa yang lama dan ini sebabkan mata jadi letih dan sakit.
Walaupun begitu ia bukanlah penyebab menjadi sakit mata berpanjangan.
Pendapat ramai mengatakan kanak-kanak mempunyai rabun jauh disebabkan menonton tv pada jarak dekat juga tidak disahkan kesahihannya.
Yang pasti anak yang ada rabun jauh yang selalu datang dekat dengan tv untuk menonton.
Maka, jika kita melihat anak kita kerap menonton tv dalam jarak yang dekat seeloknya kita bawa anak tersebut untuk pemeriksaan mata.
Di ABS Optomedik, kami juga sering dapat kes anak yang tonton tv dalam jarak dekat ini mempunyai isu pada penglihatannya. Bukan sahaja rabun malah mata mereka juga mengalami kemerosotan dari cara mata bekerja. Mata mereka tidak dapat fokus dan bertahan lama sewaktu buat kerja yang dekat dan ada juga yang matanya tidak bekerjasama dengan baik.
Hakimah Abd Rahman @ Jaafar
Optical Consultant
ABS Optomedik Taiping
Optical Consultant
ABS Optomedik Taiping
Terima kasih atas perkongsian. Sy skrg pon slalu tgk tv kat online je di website TV Malaysia Live sebab senang dan free je x perlu bayar apa2
ReplyDelete