Friday, 30 December 2016

Adakah anak kita melihat seperti ini?


Perkataan yang dilihat seperti:
-beralun-alun
-berlapis-lapis
-kabur

keberangkalian mempunyai otot mata yang lemah. Penglihatan yang lemah adalah punca mengapa anak-anak tidak mampu belajar walaupun 20 minit sahaja.

Ujian khas perlu dinilaikan untuk mengetahui tahap stamina otot mata dan cara mata anak bekerja.

Talian hotline ABS Optomedik Taiping: 013-4417963




Monday, 26 December 2016

Tanda-tanda isu penglihatan

Kalau Tuan dan Puan perasan, pelajar sekolah rendah pun dah ramai pakai cermin mata.

Ya memang bilangan nya dah semakin bertambah.

Sebab sekarang ni zaman teknologi gadget yang didedahkan pada usia awal lagi.

Jadi apa tindakan ibu bapa untuk pastikan mata anak-anak pada tahap yang paling baik?

Saya kongsikan 3 tahap umur yang boleh bawak anak-anak untuk cek mata dengan Optometris.
        + Seawal usia 6 bulan.
        + Umur 3 tahun.
        + Apabila dah mula sekolah. Umur 5-6 tahun.

Mesti ada yang bertanya,

"Macam mana nak tahu anak tu ada masalah penglihatan?"
Ini jawapan nya.
      + Kerap sakit kepala dan sakit di kawasan kening.
      + Tidak boleh membaca lama.
      + Kerap gosok kan mata.
.
.
Anak-anak kecil biasanya belajar sesuatu daripada apa yang dilihat.
Mata yang baik akan cenderong kepada tumbersaran yang lebih baik.

Nur Fadhilah Abd Rani
Optometris.
ABS Optomedik Klebang Restu, Ipoh

Program Saringan Penglihatan di Sekolah


Sejak tahun 2014, sebanyak 1250 pasang cermin mata telah disumbangkan kepada pelajar yang memerlukan.

Kami di ABS Optomedik Rizal percaya, lebih baik sistem penglihatan, mereka akan lebih cemerlang dalam pelajaran.





Rabun Tersembunyi




Punca Sakit Kepala


1. Sakit dan senak pada bahagian kening.

2. Bila membaca dan menyalin nota, kadang-kadang tulisan jadi kabur.

3. Bila tengok jauh, ada masa nampak terang, ada masa nampak kabur

Kepentingan Memiliki Mata Yang Sihat dan Pandangan Yang Jelas


Saturday, 24 December 2016

Rabun Jauh vs Tonton Television Dekat



Tonton television dekat buat mata rabun atau mata memang rabun sebab itu tonton dekat-dekat???
==========================================
"Anak-anak tengok tv tu cuba jauh sikit, nanti rosak mata".

"Buta nanti tengok tv dekat-dekat"

"Dah tak sayang mata ka tengok tv macam nak masuk dalam tv juga"

Dialog diatas merupakan ayat mak-mak yang beri amaran pada anak-anak sebab tonton television (tv) dalam jarak yang dekat dari sejak dahulu hingga sekarang. Kalau dulu kita diberi amaran, namun sekarang kita pula memberi amaran pada anak-anak kita.

Tetapi benarkah tonton television dalam jarak yang dekat itu punca rosaknya mata?. Apa yang menyebabkan ramai orang bercakap begitu?

Jom kita selidik sejarahnya.

Begini, ketika tahun 1960an, kewujudan television merupakan perkembangan teknologi baru yang sangat mengujakan. Walaupun television pada zaman itu tidak seperti hari ini yang mana ia hanya berupa sebuah kotak yang tebal dalamnya dipenuhi tiub, wayar dan mentol sahaja.


Pada tahun 1967, pihak General Electric Company (GE) menyatakan television warna yang dikeluarkan mengalami masalah dari segi sinar-X yang berlebihan. Sinar-X ini boleh datangkan kesan yang buruk. Pihak GE telah menangani isu tersebut iaitu melindungi tiub dengan kaca berplumbum.

Setelah dibaiki, pihak jabatan kesihatan telah mengesahkan sinar radiasi itu tidak lagi membahayakan. Namun begitu bagi kanak-kanak masih tidak digalakkan menonton tv lebih dari sejam.

Jadi disebabkan isu ini ibubapa telah tanam dalam fikiran mereka tv rosakkan mata hingga saat ini.

Berbalik kepada persoalan adakah tv merosakkan mata?. Ini jawapannya.

 Mengikut kata pakar menonton tv dalam jangkamasa yang lama tidaklah merosakkan mata sehingga buta. Cuma mereka berpendapat tumpuan yang lama pada tv (termasuk monitor komputer) boleh menyebabkan gejala sakit mata dan letih mata.

Kebanyakkan dari kalangan anak-anak ini mereka gemar tonton tv dalam keadaan baring atau meniarap.

Dalam keadaan ini bola mata akan memandang atas(kedudukan tv tinggi) dalam jangkamasa yang lama dan ini sebabkan mata jadi letih dan sakit.
Walaupun begitu ia bukanlah penyebab menjadi sakit mata berpanjangan.

Pendapat ramai mengatakan kanak-kanak mempunyai rabun jauh disebabkan menonton tv pada jarak dekat juga tidak disahkan kesahihannya.

Yang pasti anak yang ada rabun jauh yang selalu datang dekat dengan tv untuk menonton.
Maka, jika kita melihat anak kita kerap menonton tv dalam jarak yang dekat seeloknya kita bawa anak tersebut untuk pemeriksaan mata.

Di ABS Optomedik, kami juga sering dapat kes anak yang tonton tv dalam jarak dekat ini mempunyai isu pada penglihatannya. Bukan sahaja rabun malah mata mereka juga mengalami kemerosotan dari cara mata bekerja. Mata mereka tidak dapat fokus dan bertahan lama sewaktu buat kerja yang dekat dan ada juga yang matanya tidak bekerjasama dengan baik.

Hakimah Abd Rahman @ Jaafar
Optical Consultant
ABS Optomedik Taiping

Power Tinggi_Cemin Tebal_Mata Kecil

Pernah tak ada kawan tegur “tebalnya cermin mata kamu, mesti tinggi power kan?”

Kadangkala ada yang bergurau disuruh meneka bilangan jari mereka walaupun jari mereka tu sebesar GIANT! Mestilah nampak! Bergurau pulak ya.

Walaupun ada jenis yang tak ambil kisah, tetapi ada yang menjadi kurang keyakinan diri apabila penampilan mereka ditegur. Contoh apabila powernya memang tinggi dan tebal kantanya dari biasa. 

Kebanyakkan ibu bapa juga risau apabila anak mereka dipakaikan cermin yang agak tebal kerana tidak nampak seperti normal.

Jadi di sini ada caranya supaya cermin tidak nampak terlalu tebal sehingga menjadi bualan orang. Cermin dari Essillor iaitu Airwear dibuat khas supaya cerminnya lebih nipis dari cermin biasa. 

Lepas ni tiada lagi yang menegur nampak seperti budak ‘NERD’. ðŸ˜…


Airwear in juga tahan calar dan tahan UV hampir seratus peratus. Sesuai juga untuk digunakan waktu-waktu lasak. Bukan sahaja dapat menjaga penampilan malahan tak perlu risau lagi risiko pecah waktu main bola!

Cermin ini boleh didapati di cawangan ABS Optomedik Taiping. Anda boleh bertanyakan apa sahaja soalan mengenainya di #tanyaOptomedik

Siapa power tinggi angkat tangan  

Ahmad Darqawi bin Saharom
Optical Consultant.
ABS Optomedik Taiping.

🙋

Friday, 23 December 2016

Promosi Akhir Tahun di Semua Cawangan Rizal Optometris

Dapatkan promosi akhir tahun di semua cawangan Rizal Optometris


ABS Optomedik Rizal Taiping
No. 11, Jalan Medan Saujana Kamunting, Medan Saujana, 34600 Kamunting, Perak.


ABS Optomedik Rizal Kuala Kangsar.
No. 63, Jalan Dato Maharajalela
Kuala Kangsar.


ABS Optomedik Rizal Klebang Restu
No. 22, Laluan 2, Medan Klebang Restu, 31200 Chemor, Perak.



Promosi sah sehingga 31 Disember 2016

Thursday, 22 December 2016

Promosi "Beli Satu Untuk Abang, Percuma Satu Untuk Adik"

Bila nak buka sekolah, semua barang nak serba baru. Beg baru, baju baru, kasut baru dan naik kelas baru.

Cermin mata pun sama. Mesti nak baru juga. Barulah semangat nak belajar di dalam kelas baru nanti.

Kalau anak kita seorang saja, ok lah lagi. Kalau dua orang pakai cermin mata, macam mana?

Alangkah baiknya kalau kita belikan cermin mata untuk abang, adik pun dapat juga.

Di ABS Optomedik Taiping sekarang sedang berlangsung promosi ini. Sah sehingga 15 Januari 2016.
Kalau ada pertanyaan, boleh hubungi Puan Hakimah Jaafar di talian 013 44 17 963.





Mengikut terma dan syarat



Cara Membersihkan Cermin Mata


Penjagaan cermin mata yang konsisten akan memanjangkan tempoh hayat cermin mata.
Mudahnya melihat  dengan kanta yang bersih dan terjaga.


Noor Asyikin bt Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

Penjagaan Cermin Mata


Bukan semua jenis medium pengelap sesuai untuk lapisan cermin mata. Contoh seperti tisu dan kain 'cotton'.

Walaupun rupanya lembut tapi permukaannya yang kasar mampu mewujudkan kesan calar kepada permukaan cermin.





Noor Asyikin bt Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

Cermin mata hitam polarized vs cermin mata hitam tanpa polarized


Pada setiap pembelian cermin mata hitam sudah pasti setiap individu inginkan kepuasan dari segi keselesaan ketika memakainya. Terutama ketika panas terik bukan.

Tapi bagaimana kita ingin tahu yang mana satu lebih baik?

Jawapannya adalah permukaan dari jenis polarized.

Bagaimana pula untuk mengetahui sunglass jenis polarized atau pun tidak.

Jangan risau, ada cara mudah utk mengesan.

Hanya perlu menggunakan smartphone anda.

Jom kita uji pada sunglass masing-masing.

Kelebihan polarized
1) Mengurangkan silau dari cahaya matahari.
2) Menapis cahaya UV hampir 100%.
3) Pandangan lebih jelas ketika hujan pada siang hari.
4) Meredupkan pandangan dan mengurangkan mata penat.


Cermin hitam polarized berpower, Xperio Sun lenses dari Essilor adalah yang terbaik.



Noor Asyikin bt Amiruddin
Optometris
ABS Optomedik Taiping

Tuesday, 20 December 2016

Varilux S Series dari Essilor


Bagaimana tercipta nya kanta jauh dekat tanpa garisan (Multifokal) Varilux dari Essilor?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Selepas kecewa dengan kekurangan cermin jauh dekat ada garisan (bifokal) ayahnya, Seorang Jurutera dari syarikat Essilor, Bernerd Maitenaz telah mengambil satu inisiatif untuk mencipta kanta jauh dekat tanpa garisan Varilux (multifokal/ progressive) pada tahun 1959.

Sejak dari itu, Essilor menetapkan matlamat untuk menjadi pengeluar terbaik yang mampu memberi keselesaan kepada pengguna multifokal melalui penyelidikan mereka.

Pada tahun 2012, hampir 20 juta multifokal varilux sudah dipreskripsi dan didispensi di United State.

Antara kelompok kanta multifokal jenis Varilux , Kanta multifokal Varilux S Series adalah yang terbaik dalam pasaran.

Dengan teknologi synchroneyes yang dimiliki oleh Varilux S Series, ia dapat membantu mata bekerja dalam satu pasukan di mana pengguna akan merasai pandangan yang jelas melalui pergerakan mata dari kiri ke kanan, dan atas ke bawah.

Selain itu, pengguna akan lebih rasa selesa melakukan aktiviti harian kerana terdapat teknologi nanoptix yang menggurangkan kawasan gelombang di bahagian tepi kanta sebanyak 90%.

Seterusnya, ia mempunyai teknologi 4D yang memudah dan mempercepatkan fokus mata dari satu arah ke arah yang lain.

Dengan kelebihan yang ada pada Kanta multifokal Varilux S Series ini menjadikan hampiri 400 juta pengguna kanta multifokal memilih kanta Varilux S Series sebagai alat bantuan penglihatan mereka.

Noor Asyikin Amiruddin
ABS Optomedik Taiping



Tanda positif selepas menerima rawatan

Penglihatan banyak berkait rapat dengan kejayaan anak-anak kita.

                     

Re-treat Tim ABS Optomedik 2016 di Teluk Batik

Bermain bukan sahaja menyihatkan badan, namun emosi juga terjangkit gembira apabila bergelak ketawa.

Aktiviti bersama seluruh ABS Optomedik


Permainan 'Hangpi mana'.

Cara langkahan yang berstrategi.

Setiap ahli pasukan sudah bersedia memulakan pertandingan.

3 tips kurangkan mata penat ketika membaca buku





Mata terlalu penat membaca buku pada tempoh yang lama?

Tips ini dapat membantu:


1) Ada ruang rehat untuk mata. Setiap sejam rehat 10-15 minit. Lihat yang jauh jarak lebih 6 meter.

2) Cahaya yang bersesuaian ketika membaca. Tidak terlalu terang atau malap.

3) Guna kanta tempah khas, untuk merangsang semua otot yang kurang cekap supaya 
sesuai dengan cara otot mata kita bekerja.