Thursday, 11 May 2017

3-4 minit baca surat khabar tulisan kembang-kembang. Kenapa ya?


Terasa indah apabila dapat melihat objek yang jauh dan dekat serentak dengan pandangan yang jelas.
Tapi malangnya apabila di tunduk-tunduknya kepala ke arah majalah bagai kabus-kabus membayangi mata. Sudah digosok-gosok tetapi masih sama.
Terpaksa panjangkan tangan untuk teruskan bacaan tersebut.
Selagi tak nampak, selagi itu bahan bacaan terpaksa dijauhkan.
Itu pun tidak boleh baca lama-lama.
3 minit. 4 minit. Tulisan mulai kelihatan kembang.
Sejak mendekati usia 40 an ni, tak puas rasanya membuat kerja-kerja dekat. Lagi di paksa lagi terasa berat kepala menanggung beban sakitnya.
Lagi-lagi kalau sedang memandu. Rasa dah pandu cukup berhemah tapi aduhai kenapa bacaan meter kelajuan tak nampak ni. Kabur.
Ada juga yang hobinya dahulu berkebun. Sebut sahaja nama-nama ulam semua berderet dalam pasu di halaman rumah.
Tapi sejak mengalami kabur dekat ini, susah benar rasanya nak mencabut rumput-rumput kecil yang tumbuh disekeliling pasu.
Keadaan ini di mana individu yang berusia menghampiri 40 tahun akan mengalami rabun dekat (presbyopia).
Apabila klien datang mengadu perkara yang sama, kami di ABS Optomedik akan syorkan pilihan terbaik untuk membantu isu ini iaitu cermin jenis multifokal.
Pemilihan design dan jenis multifokal yang sesuai kepada klien juga mempengaruhi jaga mata bekerja.
Cermin yg menjadi pilihan utama pelanggan kami adalah Varilux S Series.
Untuk maklumat lanjut tentang kanta Varilux S Series boleh menghubungi ke no hotline ini.

0134417963
ABS Optomedik Taiping

Bagaimana rasanya bila pakai Cermin JAUH DEKAT


Pernah di tanya bagaimana ya rasa memakai multifokal untuk pertama kali?
Ada yang baik baik sahaja dan ada juga yang kurang mengemari.
Berbalik kepada jenis power mata dan juga jenis design multifokal tersebut.
Setiap faktor ini mempengaruhi penerimaan si pemakai.
Pada setiap jenis multifokal dilengkapi dengan teknologi yang berbeza. Lihat pada perkataan multi sudah menunjukkan bahawa ia adalah gabungan beberapa power dalam satu cermin.
Apabila power-power tersebut dimampatkan dalam satu cermin akan terhasilnya kawasan bias atau kawasan gelombang (kabur) pada bahagian sisi cermin.
Hal ini akan memberikan kelainan dan rasa yang berbeza kepada pemakai cermin mata yang dahulunya untuk pandangan jauh sahaja begitu juga kepada individu yang tidak pernah memakai cermin mata.
Pergerakan mata terhad hanya pandangan tengah mengikut kedudukan kepala. Jelingan mata ke bahagian sisi akan menghasilkan penglihatan yang kabur disebabkan oleh kawasan gelombang yg terdapat pada setiap cermin multifokal.
Kepala juga perlu banyak bergerak untuk melihat imej secara jelas.
Ada juga klien kami yang sebelum ini kurang selesa akan keadaan ini. Namun begitu apabila di syorkan dengan cermin yang lebih baik mengikut teknologi , penerimaannya sangat positif.
Dewasa kini, dengan berkembangnya teknologi baru , kawasan gelombang tersebut dapat dikurangkan.
Banyak dari klien kita yang memberikan feedback yg baik tentang cermin ini. Cermin multifokal alaf baru yang dimaksudkan adalah cermin multifokal Varilux S- Series
Keselesaan klien kami amat di utamakan.
Untuk pertanyaan hubungi talian hotline ini.
Abs Optomedik Taiping.
013-4417963.

Wednesday, 12 April 2017

Juruaudit TIDAK dapat buat AUDIT kerana SAKIT KEPALAnya!




Pekerja saya yang tak kahwin lagi, ketuk pintu bilik cek mata.
Ketika itu saya tengah memberi latihan kepada Hanun, Optometris yang baru 6 hari diambil bekerja.

“Tuan, ada customer nak cek mata ya.”
– “Ok. Fendy panggilkan ya.” Balas saya. Saya cepat-cepat pesan dekat Hanun, ‘take note’ bila saya cek mata.

“Tuan Yusoff, kita cek mata sekali lagi dalam bilik ya.” Panggil Fendy umpama nurse klinik di hospital swasta. Hehehe..

Tuan Yusoff diekori oleh seorang wanita muda lewat 20 an, kelihatan sarat mengandung, berusaha mempercepatkan langkah. Pastinya isteri Tuan Yusoff.

– “Tuan Yusoff jemput duduk ya.” Kata saya sambil melapangkan tangan menunjuk ke arah kerusi yang dikhaskan.

Selepas Tuan Yusoff mengambil tempat di kerusi sebelah kanta berpower yang banyak tersusun tu, Fendy beritahu saya Tuan Yusoff kerap sangat sakit kepala. Minggu ini sakit kepala beliau boleh dikatakan setiap hari. Tuan Yusoff bekerja sebagai Juruaudit dan banyak menghadap komputer dan laptop.

Saya faham sungguh kerana AUDIT sesuatu yang tidak sama dengan kereta AUDI. Hehehehe.. 
Saya mengambil tempat, dan bertanya beberapa soalan yang akan menentukan ujian apa yang patut saya pilih untuk Tuan Yusoff.



Selepas 20 minit dengan 4 jenis ‘test’ yang telah selesai saya lakukan, saya beritahu pada Tuan Yusoff,

– “Mata Tuan tidak seperti orang lain. Mata tak sepatutnya bekerja 3 kali ganda lebih kuat dari biasa.”

Bermulalah soalan-soalan yang keluar dari mulut Tuan Yusoff dan isteri beliau, kerana ia sesuatu info yang sangat baru untuk mereka. Ini part yang buatkan pasangan suami-isteri yang bahagia ini mengerutkan muka,

– “Mata Tuan kadang-kadang PAKAI SEBELAH MATA sahaja ketika membaca.” kata saya.

Sekali lagi.. Soalan demi soalan. Bertubi-tubi ditanya oleh Tuan Yusoff dan isterinya. Lagak seperti saya tetamu jemputan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi-O. ðŸ˜†



Tuan Yusoff mempunyai daya sifat ingin tahu yang kuat. Hanun yang duduk di sebelah saya, tak berhenti-henti mencatat setiap poin penerangan mudah saya pada Tuan Yusoff.

Akhir sekali, sebelum Tuan Yusoff keluar….. (Dengan info yang banyak kaitan antara penglihatan dengan sakit kepalanya), saya berikan solusi dengan mengatakan, 

“Cara yang terbaik adalah dengan merawat sistem penglihatan yang paling bermasalah dahulu. Ini dapat membantu sistem fokus Tuan Yusoff bekerja dengan cara yang sepatutnya.”

Tuan Yusoff mempunyai masalah ACCOMODATIVE EXCESS.




Jika kita sakit kepala yang agak kerap, seperti yang dialami oleh Tuan Yusoff, keseluruhan 4 sistem penglihatan perlu dinilaikan. Penilaian ini akan dibuat setiap kali saya temui kes SAKIT KEPALA – menggunakan KOMPUTER, atau BELAJAR, iaitu :

+ Power rabun yang serasi (supaya tidak memburukkan lagi keadaan).

+ Sistem Fokus (Daya tahan, kepantasan, flexibiliti dan tindakan yang efisen).

+ Interaksi yang baik antara dua mata.

+ Kemahiran penting yang dihasilkan setelah imej diterima oleh otak. Contohnya kemahiran ‘menganggar jarak’.



Habis sesi Tuan Yusoff, Hanun kata dia puas, dapat belajar banyak perkara baru.


Hanun Nadiah Rozi
Optometris

Sunday, 26 March 2017

Mata Lari?


"Saya perasan mata kanan saya seolah 'lari', mungkin boleh dikatakan juling sebelah tapi tak ketara. Boleh perasan bila saya 'selfie' atau termenung.

Saya nak tanya, macam mana cara atau tips untuk kurangkan mata saya 'lari' ?

Jadi tak 'confident dan risau pula saya. Memandangkan saya muda lagi." - Pelajar IPTA, 21 tahun.
 .
.
Terima kasih cikpuan kerana sudi berkongsi kisah bersama kami.

Secara normal, kedua mata bekerjasama menumpu lihat pada jarak jauh dan dekat. 

Pergerakan mata juga seiring bergerak jika jeling ke kiri atau kanan dan lihat ke atas mahupun ke bawah.

Sekiranya, mata terasa 'lari', kebiasaannya disebabkan otot mata yang agak lemah.

Antara perkara yang cikpuan boleh lakukan :

1. Elak terlalu lama melakukan kerja-kerja dekat.

Contohnya lebih dari sejam terus menerus buat kerja komputer atau melihat 'smartphone'. Mata akan cepat penat.

2. Dapatkan rawatan dengan dimulakan dahulu pemeriksaan khas.

Sebenarnya ia masalah yang telah kita miliki sejak dari satu tempoh yang lama (bertahun-tahun dahulu). Kita sendiri yang tidak menyedarinya. 

Ia boleh menjadi semakin besar darjah larinya, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan.

3. Dapatkan pemeriksaan berapa cekapnya otot mata kita, mengikut aktiviti harian.

Ia adalah beberapa siri ujian khas yang menggunakan Sains Optometri. 

Barulah khidmat nasihat dapat diberikan.

Harap dapat membantu cikpuan.

Hanun Nadiah Rozi
Optometris


Saturday, 25 March 2017

'Power' Berbeza


"Setiap kali buat cermin mata baru, mesti terfikir nilai cermin mata lama. Maksudnya kalau 'power' sama ok la boleh pakai lagi.

Tapi kalau 'power' dah beza, apa boleh buat dengan cermin mata lama ni, nak pakai dah tak valid. Boleh jual ka? Ada nilai ka? " - Puan NS dari Kedah.

Terima kasih kerana sudi bertanya puan yang baik.

Ya benar puan, jika 'power' masih sama, boleh pakai lagi cermin mata tersebut.

Kalau sudah berbeza, Ini antara cadangannya:

1) Simpan buat 'spare'.

Jika cermin mata baru kita ter'kemalangan', kita ada 'back up'. Antaranya kes seperti terpatah kaki bingkai. Ataupun kanta tercabut keluar dari bingkai sebab terjatuh. 

Sekurang-kurangnya ada penyelamat sementara ia dibaiki atau ditukar baru.

2) Guna bingkai semula (reuse) pada masa akan datang.

Jika bingkai cermin mata masih baik, ia boleh digunakan lagi. Hanya tempah kanta sahaja nanti. Namun bergantung kepada praktis optikal sama ada sesuai atau sebaliknya. 

Biasanya, tiada 'warranty' jika bingkai tidak tahan lama selepas ditempah.

3) Simpan buat kenangan

Setiap cermin mata yang ditempah ada nilai khas tertentu buat setiap individu. Kadang-kadang ia menyimpan seribu satu makna. Sayang ditinggalkan begitu sahaja.
Penambahan info untuk setakat ini cawangan kami belum pernah terima 'trade in' jual cermin mata lama.

Biasanya bila cermin mata sudah ditempah, ia memang ikut mata kita. Agak sukar nak jumpa 'kembar' sama 'power' . Tambah-tambah yang ada 'power' silau dan berbeza 'power' kiri dan kanan.

Walaupun kita rasa cermin mata lama sudah tidak boleh dipakai, namun pada saat-saat genting, ia sangat berguna.

Harap dapat membantu puan.

Hanun Nadiah Rozi
Optometris

Friday, 24 March 2017

Mata Kabur Semasa Membaca


"Cek mata tiada rabun, tapi kenapa anak saya dekat sekolah, cikgu kata dia lambat salin?"
.
.
Terima kasih kerana bertanya puan.

Ya benar, memang ada individu yang apabila diperiksa matanya pada jarak jauh, semua jelas. Ada beberapa individu akan rasa sukar bila mahu menulis (jarak yang dekat).

Antara punca mengapa anak kita rasai sukar menulis seperti rakannya yang lain.

1) Kedua mata tidak dapat bekerja sebagai satu unit.

Lihat perkataan 'ibu masak'. Sebelah mata lihat 'ibu' dan sebelah mata yang lain lihat 'masak'. Perlu ambil masa untuk membaca dan menyalin.

2) Tidak boleh bertahan untuk kekalkan kejelasan tulisan.

Prestasi mata lihat dekat perlu kuat, agar tulisan kekal jelas. Tambah-tambah lagi dalam suatu tempoh masa yang lama. Apabila lemah, akibatnya tulisan pada jarak dekat nampak kabur. Tumpuan melalui terganggu.

3) Rabun tersembunyi yang tidak dibantu. Hanya boleh diuji dengan teknik khas.

Rabun ini selalunya mengganggu pada jarak dekat walaupun penglihatan jelas pada jarak jauh. Biasanya kes ini terjadi pada individu jenis bola mata yang pendek (dari saiz yang normal).

Mata tidak mampu betulkan fokus dengan keupayaan sendiri apabila telah 'hilang tenaganya'. Perlu bantuan luar seperti pemakaian cermin mata untuk membaca.
.
.
Kadangkala, suara anak tidak kedengaran mengadu. Tapi tindakan anak telah lama 'berbicara'. Ada sesuatu tidak kena pada mata..

Sebaiknya, dapatkan pemeriksaan mata daripada Optometris berpengalaman untuk mengetahui punca mengapa mata kabur semasa membaca.

Hanun Nadiah Rozi
Optometris


Thursday, 23 March 2017

Tips 'Control' Power Mata


"Saya sudah pakai cermin mata sejak umur 10 tahun".

Bila meningkat usia power saya semakin tinggi. 

Bagaimana untuk 'control' power mata dari naik mendadak." - Cikpuan A  
.
.
Soalan yang sangat baik cikpuan. Ramai juga ingin tahu jawapannya. :)

Saya kongsikan ya. Terdapat cara atau tips yang boleh kita usahakan agar 'power' mata tidak naik mendadak.

Antaranya adalah dengan elakkan mata kita dalam keadaan stress.

Apa yang buat mata stress?

1) Jarak baca buku atau pegang 'handphone' terlalu dekat dengan mata.

Ibarat tenaga kerja jadi dua kali ganda berbanding lihat jarak jauh. Mata akan lebih cepat penat.

2) 'Online' atau menghadap gajet dalam tempoh terlalu lama.

Mata 'dipaksa' menumpu pada satu jarak dan kekal begitu. Alih-alih sudah 2 jam masa berlalu tanpa sedar. Tidak sempat mata berehat.

3) Main 'handphone' dalam keadaan sekeliling gelap.

Hanya satu sumber cahaya menerangi mata pada saat itu. Kesannya, mata jadi 'sibuk'untuk kawal cahaya tersebut daripada terlebih masuk ke dalam mata.

4) Pakai cermin mata yang 'terlebih 'power'.

Extra 'power' ini beri beban kepada mata. Tanpa diundang, mata menjadi stress kerana perlu kerja lebih dari sepatutnya.
.
.
Proses 'power' meningkat berlaku secara tidak lansung (indirect). Ia berlaku secara senyap.

Bukan hanya sehari atau seminggu, tapi selepas berbulan-bulan mata stress begitu, baru nampak kesan ketara. Iaitu 'power' naik mendadak.

Oleh itu, cuba kawal stress mata. Ia suatu tips untuk masa depan anda.

Hanun Nadiah Rozi
Optometris